
Nandos la tempat aku cari duit skang . Tempat kerja yang paling busy aku pernah buat . Cis ! Tak patut aku kerja sana . Menyakitkan hati betul je . Aku memang da bole agak yang Jumaat akan menjadi hari yang sangat busy but aku tak expect terlampau busy . First masuk da kelompok 9 orang , then 12 orang , after that 8 orang . Memang masuk kelompak la semuanya . Totally cina la yang paling ramai sebab dorang tak pegi sembahyang Jumaat kan ? HAHA . Hampeh betul . Aku plak jadi hostes , orang yang bagi menu , orang yang setkan table and kiranya orang yang tayang muka macam jadi penyambut tetamu tu la . Huuuu . Memandangkan semalam sangat busy da confirm confirm la aku nak tolong membe yang lain buat kerja . Aku plak yang kena marah balik . Dorang tak bagi aku bergerak dari tempat aku . Dorang nak aku duk situ diam diam . Aku terasa la juga sebab dorang hardwork tapi aku ni takde benda nak buat melainkan jadi hostes . Kerja aku tak banyak mana pon . Tak susah juga . Tu yang aku suka sebenarnya tapi aku jadi kesian la bila tengok orang buat kerja susah payah . Terasa macam aku ni tak berguna la plak . Huuu . Hari Sabtu plak lagi la busy . Hari family keluar beriadah , Labour day plak tu . Memang aku tau la mau hancur Nandos ni . Ramainya mesti tak terkira punya . Huuu .

No comments:
Post a Comment