Wednesday, May 12, 2010

Chatting chatting and chatting !


Skang ni aku da jarang nak on Myspace and Facebook . Kalo aku nak chat pon aku akan on YM . Tak tau nape but maybe sebab laju kot . Kalo aku on pon aku mesti cari Ixora ngan Hakim untuk dibawa chat . Mana taknye , ngan dorang je yang aku bole berlucah ape semua . HAHAHA . Bukan lucah ape , nak bergosip la . Kitorang memang hidup untuk happy so segala ape yang dirasakan serius kitorang jadikan bahan lawak . Memang tak bole nak buat ape . Kalo da kumpul tiga tiga memang non-stop gelak punya . Dengan aku ni yang gelak bole didengar 10batu jauhnya . HAHAHA . But aku suka lepak ngan dorang . Bole dikatekan dorang tak lupa membe . Bila nak keluar dorang ajak . Memang best la . Dorang tak berkira . Aku suka ngan style camtu . Kadang kadang ada yang berkawan tu memang tak ikhlas . Tak bole nak buat ape la kan . Da lumrah ada yang camtu . HAHAHA . Kat atas sekali tu pic Ixora , time aku tengah chat ngan dia . HAHAHA . Minah vampire tu memang tak penah tido sebenarnya . Tak habis habis ngan online je . Dia ngan aku sama satu benda je . Selalu kena kacau ngan orang gila seks . HAHAHAHA ! xoxo

UWWWAAAA !

Tiga hari lepas aku sakit teruk . Aku mual then memang satu haritu aku muntah je . Sampai tak bole nak bangun , berjalan . Tu pon kalo nak pegi mana mana kena ada orang yang papah aku . Parents aku bawak aku pegi klinik malam tu untuk medical check up . Yela , dorang risau la sebab satu hari tu aku muntah je . Baru nak dapat rest 15minit aku nak muntah lagi . Huuu . Bila da sampai kat klinik memang takde langsung orang so memang aku ni bertuah la kan dapat terus jumpa doktor . Masa aku da massuk bilik doktor tu aku rasa nak muntah lagi sebab aku bau ubat . Aku tak tau asal , aku nampak kat tong sampah tu ade plastik aku terus bukak and muntah . Kiranya aku ni waras lagi la rupa rupanya time tu . HAHAHA . Then doktor check aku . Masa tengah check tu dia kate kat parents aku yang muntah muntah ni semua effect dari kanser tu . Memang tak bole nak dielakkan . Anytime je aku bole muntah muntah balik . Huuu . Aku tak nak la camtu . Aku nak sihat . Aku nak sihat macam sebelom ni . Bole bersukan and buat pape la . Bole berlari ape semua . Huuu . Sampai kat umah aku terasa lapar sangat sangat . Memang aku makan ape yang ada la . Kalau korang nak tau , aku bole dikatakan makan non-stop selama dua jam . Parents aku paham nape aku camtu sebab satu hari tu aku tak bole makan . Asyik muntah je . Memang da takde ape dalam badan aku da . Huuuu . Lepas makan baru aku lega then aku terus tido . Bangun pagi esok aku da sihat macam biasa . Aku tak tau bila aku kena effect tu lagi . Memang skang ni aku pegi mana mana aku da standby plastik kat dalam poket . HAHAHA . Untuk keselamatan . Bak kate pepatah "sediakan payung sebelom hujan" HAHAHA .

WAHAHAHAHA !

Suda lama aku tak update blog ni . Entah ape nak jadi la aku ni . Patutnya aku buat blog ni macam diary aku sendiri tapi aku ni update bila bila aku nak je . Kang tak habis habis orang baca benda yang sama je . Kesian blog reader . Padahal , ade ke yang nak baca blog aku ni ? Tak habis habis nak mengarut je . Maklum la , time sekolah dulu bukan ke main malas lagi nak masuk kelas BM . Time nak jawab exam habis lingkup karangan aku . Skang main blog lebih kurang macam karangan juga la . Ohh , blog pandai plak aku buat karangan . Time sekolah dulu nak jawab exam sampai pecah kepala nak buat karangan . Tak dapat nak jawab habis bantai tido . HAHAHA . Tu la aku masa zaman sekolah dulu . Kalo tak tido mesti aku serong . Kalo tak serong mesti aku tido kat umah je . HAHAHA . Tak pon online ke kan ? Yela , dulu zaman sekolah aku ni kaki online je . Pantang nak tinggalkan chat room tu kejap . Skang bila da habis sekolah aku memang malas nak buka chatroom aku . Tak tau nape . Bila perlu je baru aku on . HAHAHA . Sama la macam blog ni . Kesian kau blog . Diabaikan oleh aku camtu je kan ? Huuuu . Aku ni memang jahat orangnya . Ape bole buat . Tu la diri aku . HAHAHA . Bweeek ! Aku bosan la . So , aku tak tau ape yang aku taip ni . Aku main taip je . Entah nape jari aku yang bergerak sendiri . HAHA . Toodles guys .

Saturday, May 8, 2010

Panjang lagi ke riwayat aku ?


Hmm , kali ni ape yang aku nak taip semua lain dari yang lain penah aku cite kat blog ni . Pagi semalam aku pegi klinik . Buat medical check up sebab aku rasa tak sedap badan and aku dapat rasakan yang aku skang ni da lemah . Tak bole nak buat keje . Skang ni aku da perasaan muka aku da start pucat . Semalam aku pegi klinik ngan mama . Doktor pagi tu doktor pompan , aku pon okay saja la . Aku tak kisah . Dia tanya ape yang aku sakit ape yang buat aku tak sedap badan . Aku bagitau la yang aku dapat rasakan macam ada ketulan kat bahagian payudara kiri aku . Then doktor check la . Hmm , memang betul ape yang aku jangka . Aku kena kanser . Aku sedih sebab aku muda lagi . Aku tak tau camne aku bole kena . Aku terkilan gila la semalam . Balik je rumah aku menangis nangis . Mama cite kat papa pasal kanser aku ni . Yang tau hanya parents aku , aku and my blogger reader saja . Hope , takde sape sape akan sampai hal aku sakit ni kat membe membe yang lain . Aku tak nak dorang tau . Hmm , aku sedih sebab aku skang ni macam da tak lama je nak hidup . Aku da putus harapan . Aku rasa macam da tak nak hidup . Aku tak bole nak tempuh hidup ni lagi . Macam macam dugaan aku kena skang ni . Orang tuduh aku macam macam . So , aku da buat keputusan untuk duk rumah dan menyepikan diri sendiri . Aku tak nak orang tau kewujudan aku and aku nak orang lupakan aku terus . Biar orang tak penah pikir aku ni wujud ke tak . Hmm

Friday, May 7, 2010

LALALALALA

Aku da beli hadiah untuk hari ibu dan hari bapa . Agak mahal juga la barang yang aku belikan tu tapi aku tak kisah kehabisan duit sebab aku tak penah belikan dorang papepon sebelom ni . Anak durjana juga aku ni rupanya . Huuu . Tapi skang aku da belikan lain dari yang lain . Memang tak penah di buat adiki beradik aku la . HAHA . Sayang punya pasal ape bole buat . Dorang da bertungkus lumus nak masukkan aku kat Polytech mesti la aku nak balas balik jasa baik dorang . Aku nak belajar rajin rajin and aku tak nak buat perangai lama macam zaman sekolah dulu . Yela , pelajar yang tersenarai dalam top5 sekolah yang paling wanted sekali . Huuuu . Skang aku kena belajar untuk masa depan aku . :)

Hoooraaayyy !

Aku da di terima masuk ke Kolej Polytech-Mara kat Cheras . Weeee . Membe yang lain semua masuk form6 and ada yang masuk UITM kat Melaka . Aku suka sebab da dapat tawaran and diterima masuk . Akhirnya aku dapat sambung belajar . Tu yang aku nak . Weeee . Sukanya aku . Lepas ni aku nak belajar rajin rajin and aku tak nak hampakan parents aku lagi . Cukup la penyesalan aku sekali . Jangan sampai pisang berbuah dua kali . Huuuu

The sadness of my life

7mei2010 aku telah buat keputusan yang muktamad untuk berenti dari keje . Sebabnya , budak budak nandos tetiba tuduh tuduh aku buat cite buruk pasal dorang . Ade ke patut aku kena maki . Aku yang tak tau pon tetiba kena maki camtu je . Then bila aku cite kat membe aku sorang ni dulu keje nandos juga , dia pegi setelkan ngan budak tu . Rupa rupanya salah paham . Budak tu bukannya nak mintak maaf ngan aku . Aku punya la da menangis tersebak sebak . Lepas dari aku menangis tu , aku terus ambik kate putus untuk berenti keje . Aku bagi uniform aku semua and aku blah . Dorang semua nak tahan aku but aku blah camtu je . Aku da tak nak ada kena mengena ngan budak nandos and aku da tak nak lepak ngan membe membe aku yang buat taik ngan aku . Kate membe tapi tak tolong membe sendiri . Lebih sanggup tolong membe nandos sendiri . Kalo camtu perangainya , takpe la . Aku lebih rela duk umah sorang sorang and menyepikan diri aku . Takde kawan pon takpe janji aku tak sakit hati lagi . :'(

Monday, May 3, 2010

Know More About Me



NAME : Adliyya Ain binti Azlan
AGE : 18
D.O.B : 15th February 1992
P.O.B : Hospital Universiti , Kuala Lumpur , Wilayah Persekutuan
STAYING : Bandar Baru Sentul , Kuala Lumpur
HOBBIES : Surfing internet , sleep , eat and karaoke
AMBITION : I don't know but I do want to be someone usefull to the family
FAVOURITE : Ayam masak merah , tomyam ayam and fresh orange
FOOD&DRINKS
STATUS : Currently single and not married yet *ANDARTU*
HAIR TYPE : Black and long
PIERCING : Nose and ears
NICKNAME : Kiwi Williams
FAVOURITE : Pink and black
COLOUR
SINCERELY : Never had a first kiss
RELATIONSHIP: Never had more than 2months :'(
JOB : Waitress at Nando's SOGO
HOMETOWN : Shah Alam , Selangor and Ipoh , Perak
BFF : Got none
STUDIES : Not decided yet but I want KPTM in Cheras

HARI IBU


Hari ibu jatuh pada 9Mei2010 . Aku tak tau nak bagi ape kat mama sebab aku tak penah nak bagi dia hadiah pon . Setiap tahun aku just buat kad from manila kad then bagi and wish up kat mama . Maklum la , zaman sekolah tu tak berduit . Skang aku da bekerja ada la duit sikit . Sikit jela . Tak banyak mana pon . Huuu . Aku nak bagi jam , but dia selalu je pakai jam aku tengok . Nak bagi dompet , dia punya dompet elok lagi . Nak bagi handbang , handbag dia semua branded , aku nak beli yang branded tu rasa nak tercirit kejap tu . Nak beli kasut ? Hmm , da berduyun kasut dia kat dalam rak kasut tu . Semua kasut dia je . Kasut aku ciput je . HAHA . Nak beli make up ? Amboi ! Mama tu AVON mari maaa . Huuuu . Memang mati hidup balik pon aku tak mampu nak beli set untuk dia . Perfume ? Lagi satu tu , entah bole buat rak rasanya kat bilik dia tu ngan perfume bertimbun . Haish ! Ape aku nak bagi ni . Barang kemas ? HAIYAK ! Kalo aku ni kerja mak ayam mampu la aku nak beli dia semua tu . Huuuu . Takpe la , nanti aku ikhtiarkan ape patut aku bagi kat mama . I LOVE YOU MAMA :)

AKU SAKIT


Aku ni sebenarnya tengah sakit . Dari awal tahun lagi aku sakit tapi aku diam je . Aku tak penah nak bagitau sape sape . Then , semalam la baru aku bagitau mama lepas aku balik kerja . Mama ajak aku pergi klinik Rabu ni memandangkan aku cuti haritu . Kadang kadang aku rasa macam nak putus asa je ngan kehidupan ni tapi aku kuatkan semangat sebab aku nak berjaya dalam hidup . Aku nak sambung belajar and aku nak hidup senang . Plus , aku nak kahwin ! HAHAHAHA . Sape tak nak kahwin nok . Mesti la aku nak merasa . Huuuu . Aku tak bagitau pasal ni kat membe membe aku pon . Kalo bole aku tak nak dorang tau . Kang dorang sibuk nak risau risau . Aku tak suka sebab aku bole jaga diri sendiri . Da banyak kali aku terlantar sakit kat rumah . Takde sape pon yang tau sebab jenis aku ni suka menyendiri . So , parents aku takkan pikir pape yang musykil pasal aku kalo aku duk terperuk dalam bilik . Kalo aku sakit pon aku akan berlakon yang aku ni sihat . Aku tak nak menyusahkan parents aku sebab dorang ada banyak lagi masalah yang nak kena setelkan . Aku sayang parents aku sebab kalo takde dorang , aku takkan kenal dunia ni :')

HARI YANG 50-50

Harini aku separuh happy and separuh tak . Yang tak happynya ialah sekali aku kena buat kerja sorang sorang and aku kena runner sorang sorang . Agak keletihan juga la sebab skang ni satu badan aku da pedih pedih . Rasa macam nak ponteng kerja pon ada juga . Skang ni aku punya waktu break da tak rase macam break . Setiap kali aku break dorang suruh break sejam padahal waktu break aku patutnya 2jam . Dorang siap nak bagi OT dua jam lagi tu . Staff yang lain dorang tak kisah nak bagi break sejam . Aku macam jealous pon ada sebab tak dapat nak break lama lama . Habis je makan aku kena terus masuk kerja . Macam staff yang lain lepas habis makan bole nak merayap or tido kejap . Hmm . Time closing plak , sekali lagi aku buat kerja takde orang nak tolong melainkan Ashiq . Yang lain semua sibuk nak balik cepat , da bising bising kat aku buat kerja lambat . Then , ada manager baru masuk plak tak habis habis sibuk nak regging aku buat kerja ni kerja tu la . Ingat aku ni robot ke nak buat semua kerja ? Staff yang lain yang sibuk duk mengelupuk tu tak nak la dia regging . Aku juga yang jadi mangsa . Camne la aku tak rasa sakit . Okay , skang part yang happy plak . HEHE . Harini eventough aku buat kerja sorang sorang as a servicer , aku jalankan tugas ngan baik . Ramai yang memuji . Aku suka . HAHA . Then , ramai customer datang jumpa manager aku sebelom dorang nak balik and then dorang bagi dia duit tips suruh bagi kat aku . Agak ramai juga la yang bagi sebab aku balik je rumah aku kira kira semua da cecah RM50 . Rasa macam nak menangis pon ada sebab buat kerja penat penat then ada hasil . Huuuu . Time petang plak tengah lengang waktu tu so memang takde customer la . Aku pon bole la nak duk minum air , curi curi makan sikit ke . HAHA . Then manager belanja aku makan choco top . Aku sorang je yang dia belanja . Staff lain dia tak belanja pon sampai dorang semua bising kata manager tak adil la , aku ni anak emas manager la . Then manager sound direct kat dorang " korang bekerja tapi tak nampak macam nak kerja , suruh masuk pukul 12 datang pukul 4 . Suruh buat kerja clearing korang buat drama ada kerja lain . Bila orang lain susah korang tak nak tolong , orang lain baru nak dapat kesenangan korang sibuk nak selit . " Tu la ape yang manager cakap kat dorang . Terkejut gak la aku kan , aku kena puji tu . HAHA . Sekian :)

Sunday, May 2, 2010

AKU RINDU LA FAMILY AKU


Papa : Azlan Abdul Razak
Mama : Yusmalinda Ahmad
Adik : Danial Afiq Azlan
Adik : Farah Adriana Azlan
Adik : Aiman Iskandar Azlan
Adik : Amir Hariz Azlan

Aku ? Adliyya Ain Azlan . Nama Aku unik maaa . Triple A gitu . HAHAHA . Aku rindu dorang semua . Even duk serumah macam dorang takde je . Hmm , mana taknye , aku bangun tido semua takde . Ada yang kat rumah babysitter , sekolah , kerja . Aku balik kerja semua da tido . Camne la aku nak tengok muka korang . Nak spent time sama sama pon takde masa . Time aku cuti jela baru dapat tengok muka korang tu pon seminggu sekali . Tak puas la . Hmm . Nanti kalo aku berenti kerja menyusahkan mama papa kena bagi duit kat aku . Aku tak nak la camtu . Aku tak nak menyusahkan dorang lagi . Aku bukan budak budak lagi da . Huuuu . Papepon aku memang rindukan family aku and aku akan cuba sedaya upaya untuk spent time ngan dorang . ;)

KEJAMNYA MANAGER

Tak patut la dia buat jadual yang padat padat ni . Semalam aku patut break dua jam but dia bagi masa setengah jam . Dia nak aku OT dua jam plak . Aku pon okay jela sebab aku tau dia merasakan staff tak cukup . Takpe la , aku fine je kalo itu sebabnya . Then , dia baru buat jadual . Hari Rabu sampai Khamis punya . Aku tengok la . Aku tengok jadual aku semua direct 12 until closing . Mak aih . Teruknya . Nak bagi aku mati ke ape ha ? Aku cuti pon hari Rabu je . Kalo dia tundakan juga cuti aku macam dia buat Khamis last week memang aku hangin la kan . Dua minggu aku keje takde cuti memang nak bagi aku mati la tu namanya . Huuuu . Da la direct 12 until closing . Sakit ohh keje camtu . Tapi takpe , nama aku yang paling banyak dapat OT . OT gaji banyak so memang aku nak kebas semua . Aku peduli ape . Aku keje penat penat gaji kena la banyak untuk aku . HAHAHAHA

SAYANG KAU ASHIQ


Semalam memang busy sama macam hari Sabtu but keadaan semalam masih bole dikawal sebab cukup staff . Aku suka tu sebab aku pegi keje semangat je siap senyum tak henti henti kat depan customer . Ape yang aku buat semua dapat tips . Service baik , runner baik . Banyak juga la tips yang aku dapat semalam tapi aku tak jahat sampai nak simpan sendiri duit tips tu semua . Aku simpan dalam box tips senang untuk kegunaan bila kitorang nak buat aktiviti nanti . Baik juga aku ni rupanya . Time closing plak memang semalamm memang yang paling lambat la . Semua staff nak balik aku biarkan jela but yang still sanggup tunggu aku Ashiq . Dia tolong aku buat keje semua . Lepas aku da siapkan semua keje aku dia bagi aku makan mushroom soup and dia bagi aku air coke ais lebih . Dia da paham aku da but aku kesian plak kat dia sebab dia sanggup tunggu aku . Lepas tu aku tengah duk makan dia plak duk sibuk mengata staff lain . Banyak benda gak la yang dia tau . Aku duk makan diam diam . Sampai kitorang da turun tren nak balik umah ni pon dia tak habis mengata lagi . Dalam hati aku "ada geng rupanya" . HAHAHA

Saturday, May 1, 2010

GAJI KAT MANHATTAN FISHMARKET DA MASUK

YEAY ! Gaji aku da masuk . But bila gaji kat Nandos aku nak dapat ek ? Hmm , takpe la . Janji skang aku happy sikit sebab da berduit . Huuu . Kalo tidak aku tengok jela orang lain shopping . Tapi aku tak nak shopping . Aku nak simpan duit tu untuk enjoy . Sebab nanti bila orang lain takde duit aku bole la berlagak macam aku ni ada duit . HAHAHA . Dulu dorang suka berlagak ngan aku , skang turn aku plak . Weeee . HAHA .

SAKIT BADAN

Satu badan aku sakit sebab banyak buat keje berat . Yela , time aku kena buat keje sorang sorang memang aku banyak jadi runner la . Aku rasa macam malas nak pegi keje je . Aku nak duk rest kat umah tapi aku kesian kat manager aku nanti . Kang kalo tempat busy and staff tak cukup nanti aku yang dipersalahkan . Aku tak nak la camtu . Tapi kadang kadang aku penat juga nak jaga perasaan orang ni . Perasaan aku sendiri aku abaikan . Sampai badan aku da sakit semuanya . Kalo aku mati time kat tempat keje tu agak agak ada tak orang yang nak tolong aku ? Manusia skang pentingkan diri sendiri . Aku tak tau nape . Maybe tu lumrah manusia . Hmm .

HARI MERAJUK

Hmm , tak tau nak mulakan cite camne . Hari Labour day aku keje memang teramat la busy that time sampai da takde seat untuk coustomer datang makan lagi . Aku masuk keje pukul 12 sampai closing and ada lagi 3orang pon masuk pukul 12 sampai closing . Dorang lambat 4jam sampai aku kena buat keje sorang sorang . Aku la hostes , bagi menu , ambik order , anta order . Nasib baik aku bukan yang masak sekali . Kalo tidak baik aku bukak kedai sendiri . Da pukul 4 time tak busy da baru la budak budak tu sampai ngan muka tak bersalah . Manager sikit pon tak marah sebab dia ngam ngan budak budak tu . Aku da nak separuh mati sampai buat keje tahan nafas je and then dorang masuk keje time da lengang . Nak kate lengang sangat tu takde la sebab still ramai orang lagi kat kedai makan aku tu . Time malam plak , tengah closing ni . Dorang buat keje senang lenang je , yang kotor kotor takde pon dorang nak pandang . Aku busy buat keje aku dorang duk borak borak . Semuanya la aku nak kena buat lagi . Then dorang marah marah aku sebab buat keje lambat . Padahal aku da siap buat keje dorang nak cover lagi kebersihan ada la . Aku diam je , malas nak lawan balik ke ape . Kang ada yang tarik muka ngan aku kalo aku da bukak mulut nanti . Balik tu aku balik ngan dorang . Aku langsung tak bertegur . Kiranya harini secara automatik aku memang jadi pendiam . Tak bukak mulut langsung melainkan ambik order customer je . Da sampai kat Sentul lepak kedai makan . Aku order makan then baru jamah sesuap dorang semua mintak . Dalam hati aku rasa macam nak tonyoh je makanan tu kat muka dorang . Aku bagi dorang makan terus then aku bayar and blah . Sampai je umah aku terus menangis . Aku simpan dalam hati je pasal ni . Rasa macam nak berenti keje pon ada but tak nak la camtu coz nanti bila da takde duit aku guna duit parents . Cukup cukup la zaman sekolah dulu aku da menyusahkan dorang . Hmm .

Friday, April 30, 2010

NEPAL !


ARGH ! Asal closing je muka aku , asal nak tutup kedai je muka aku . Sampai orang da cop aku ni nepal . Yela , orang cuti aku kerja . Orang balik awal aku balik lambat . Camne la aku tak jadi nepal . Nasib baik aku bukan nepal betul . Memang terkena batang hidung sendiri la kan . Huuu . Tapi takpe . Janji aku dapat gaji lebih . HAHAHA . Duit itu penting maaa . Kalo budak sekolah lagi takpe . Huuu . Balik kerja mesti aku BOM ! Tido la . Nak buat ape lagi . Nak text ngan someone but dia tido awal la . Yela , kerja pagi memang la dia ngantuk . Padahal kerja dia duduk mengadap pc je . HAHAHAHA . Ish ! Tukar topik . So , aku skang bole dikatakan da kurus sikit sebab banyak buat kerja yang berlari lari and mengangkat berat . Aku tak nak jadi tough . Buruk rupanya . Huuu

Nandos GILA


Nandos la tempat aku cari duit skang . Tempat kerja yang paling busy aku pernah buat . Cis ! Tak patut aku kerja sana . Menyakitkan hati betul je . Aku memang da bole agak yang Jumaat akan menjadi hari yang sangat busy but aku tak expect terlampau busy . First masuk da kelompok 9 orang , then 12 orang , after that 8 orang . Memang masuk kelompak la semuanya . Totally cina la yang paling ramai sebab dorang tak pegi sembahyang Jumaat kan ? HAHA . Hampeh betul . Aku plak jadi hostes , orang yang bagi menu , orang yang setkan table and kiranya orang yang tayang muka macam jadi penyambut tetamu tu la . Huuuu . Memandangkan semalam sangat busy da confirm confirm la aku nak tolong membe yang lain buat kerja . Aku plak yang kena marah balik . Dorang tak bagi aku bergerak dari tempat aku . Dorang nak aku duk situ diam diam . Aku terasa la juga sebab dorang hardwork tapi aku ni takde benda nak buat melainkan jadi hostes . Kerja aku tak banyak mana pon . Tak susah juga . Tu yang aku suka sebenarnya tapi aku jadi kesian la bila tengok orang buat kerja susah payah . Terasa macam aku ni tak berguna la plak . Huuu . Hari Sabtu plak lagi la busy . Hari family keluar beriadah , Labour day plak tu . Memang aku tau la mau hancur Nandos ni . Ramainya mesti tak terkira punya . Huuu .

Thursday, April 29, 2010

PICKY !


No , I'm not ! Jangan serkap jarang okay . Huuu Ramai kata aku ni kalo nak pilih boyfie mesti yang handsome , tinggi , kurus slim camtu . Takde la slim sampai macam papan sangat . Kang baru pukul sikit da patah . Camne tu nanti ? Huuu . Okay , kita sambung balik . Aku ni mana memilih . Jenis aku suka yang baik . Kalo orang layan aku baik , dia ambik berat pasal aku da confirm confirm aku sangkut kat dia . But tu aku yang dulu la jenis yang cepat suka kat orang . Aku yang skang ni da matang sikit . Tau da nak menilai laki camne . Bukan main terus suka je . Kalo macam tu perangai aku sampai mati memang tak kahwin la jawabnya . Couple pon tahan tak sampai dua bulan inikan nak bawak kahwin . Camne aku tak jadi gila sebab laki . Huuu . Tapi tapi , Cik Kiwi yang comel ni akan cuba sedaya upaya untuk bangkit dari kesedihan even kena tanggung kesusahan sorang sorang . Yeah !

KAKI MELANTAK


Woot woot ! Mesti korang pelik ngan title aku ni tetiba kan ? HAHA . Saja nak buat pelik pelik sebab aku ni kan memang pelik orangnya . Okay okay , tujuan aku bagi title camtu sebab nak korang tau yang aku ni kuat makan orangnya . Memang jenis yang perut da kenyang pon aku still bedal juga . Memang kawan kawan aku semua panggil aku ni perut buaya la . Tak penah puas nak makan . Padahal badan kecik camni juga . Aish ! Aku ni tak cukup vitamin kot . HAHA . Tapi yang bestnya bila orang tak habis makan aku la tolong bedal . Dorang bersyukur je sebab tak membazir . Ada juga yang tolong habiskan . HAHA . Makanan favourite aku ? Hmm , ape ek ? Kalo diikutkan sebenarnya banyak tau . Maklum la , aku ni semua makan . HAHA . Aku paling suka makan ayam masak merah ngan tomyam ayam sahaja . Plus , kalo ade mushroom soup tu la yang aku nak makan hari hari kalo bole . Huuuu .

AM I SNOBBISH ?



Ohh my god ! I always spoke to myself about this . Am I snobbish ? I didn't know what to say because I don't think that I'm a snobbish person . Yela , bila orang tegur kita tegur kita tegur la balik . Kalo orang tak tegur takkan la kita nak tegur lebih lebih lagi orang tu kita tak kenal . Huiyo ! Tak nak aku tebal muka nak buat camtu . Berat rasanya apabila ada simen tertampal kat muka ni . Huh ! Plus , I'm a friendly person for god sake . Suka gelak gelak . Kalo da bercakap memang macam orang sebelah tu 10batu jauhnya . HAHA ! That is me . The freak me and orang yang tak tau malu pon aku juga la . Suka buat something di luar dugaan . Memang la , aku ni mana bole duk diam . Ada je benda yang aku nak sakat nanti . HAHA .

Wednesday, April 28, 2010

ARGH !

Nape YM aku mesti penuh ngan budak gila seks ha ? Aku tak suka la ngan gangguan seksual camni . Aku trauma la . Hish ! Macam da takde life la budak budak sial ni . Pikir perempuan macam anak patung untuk dibuat main . Memang takde maruah betul la jantan macam tu . Sial anjing semua ada la . Aku benci la . Menambahkan lagi tension aku . Nape lelaki sekarang takde yang baik and sedap mata memandang or nak melayan ? Da la aku yang di target . Cuba la target orang lain . Sedangkan lesbian pon cari aku ? Huh ! Memang tak layan la kan . Aku tak pandang budak budak gila okay . HARAP MAKLUM .

I LOVE YOU MAMA


She used to be my only enemy and never let me be free . Catching me in places that I knew I should'nt be . Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad . I never thought you would become the friend I never had . Back then I didn't know why . Why you were misunderstood . So now I see through your eyes . All that you did was love . Mama I love you and I care plus you're my friend . I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now . Every little thing you said and did was right for me . I had a lot of to think about,about the way I used to be . Never had a sense of my responsibility . I love you MAMA <3

I'm DOOM !


Weh ! Lupakan dia ! Lupakan dia ! Jangan ingat dia balik . Sebab dia la aku rosak . Aku ambik macam macam sebab nak lupakan dia . Aku patut stop dari ambik benda benda tu . Sekarang da terlalu ketagih . Aku kena sayang diri sendiri . Aku tak bole seksa diri aku lagi . Tapi siapa yang bole jaga aku ? Sayang aku ? Ambil berat tentang semua diri aku selain dari family aku sendiri ? Aku tak bole hidup sorang sorang .
Kawan kawan ? Diorang semua ada life sendiri . Aku tak boleh ganggu diorang and diorang pon tak boleh tau apa yang aku da buat kat diri aku . Dorang semua akan pulaukan aku nanti . Lelaki ! Kenapa korang sanggup buat camni kat perempuan ha ? Korang tak tau apa erti kasih ek ? Korang tak reti nak appreciate perempuan ek ? Aku terseksa and jadi tak tentu arah sebab korang la . Hmm .

Tuesday, April 27, 2010

INTRODUCTION OF A MEN's LADY


Hey guys , my name is Adliyya Ain binti Azlan but people usually called and I've known as Kiwi Williams . Stupid nickname isn't it ? HAHA . Well , that is why I'm a freak dude ! This year I'm 18 years old on 15th February but that is passed . Stay in Kuala Lumpur , Malaysia and no more such a great place like home . I am single and still searching for a boyfie and waiting for the right one also . Well , thats all I'm gonna type here . Thanks and enjoy my blog :)